Pengenalan 5S


Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah memulakan perlaksanaan "Ke Arah Pensijilan 5S" bermula pada 1 Januari 2010. Sehubungan itu, YPU bertekad untuk mendapatkan status Pensijilan 5S pada 30 Jun 2010 bagi membolehkan YPU diiktiraf sebagai salah satu jabatan di Terengganu yang bertaraf 5S.

Pendekatan 5S

Pendekatan 5S
Sisih, Susun, Sapu, Seragam, Sentiasa Amal

Maksud 5S


Sisih - Menyisih dan membuang barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik.


Susun - Menyusun barangan yang diperlukan dengan kemas dan sistematik agar ianya mudah diambil dan disimpan semula ditempatnya.


Sapu - Membersih dan memeriksa tempat kerja dengan rapi agar tiada habuk atau kotoran dilantai, mesin dan peralatan.


Seragam - Mengekalkan keseragaman pengurusan tempat kerja yang baik dengan memastikan semua barangan sentiasa bersih dan teratur.


Sentiasa Amal - Melatih individu untuk mengamalkan Sistem 5S secara berterusan agar ianya menjadi suatu kelaziman dan dapat membentuk satu budaya dalam organisasi.

Polisi 5S


Membentuk disiplin diri bagi mewujudkan persekitaran yang bersih dan teratur serta kualiti perkhidmatan ke arah meningkatkan keyakinan usahawan terhadap Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU).

Objektif 5S


1. Memenuhi keperluan dan kepuasan pelanggan.


2. Mempertingkatkan kualiti perkhidmatan dan sistem penyampaian.


3. Mempertingkatkan produktiviti dan pengurusan perbelanjaan secara berhemah.


4. Mewujudkan persekitaran kerja yang kondusif.


5. Meningkatkan motivasi diri dan budaya kerja selaras dengan budaya korporat.

Visi 5S


Melahirkan suasana kerja yang kondusif, selamat dan berkualiti ke arah menjadikan YPU sebagai "ONE STOP AGENCY".

Misi 5S


Bersih - Amalan bersih kepada persekitaran zon.


Berbudaya - Amalan berbudaya sebagai pekerja yang cekap, cergas dan ceria serta amanah.


Berbakti - Amalan berbakti kepada seluruh masyarakat.

Moto 5S


"We Are Committed Towards 5S" (terjemahan bahasa melayu: Kami Komited Ke Arah 5S)

Galeri Foto 5S

No posts.
No posts.